KISAH ABU BAKAR DICERCA
Dikeluarkan oleh Ahmad dan At-Tabarani
dari Abu Hurairah r.a. bahawa seorang lelaki telah mencerca Abu Bakar r.a.
Ketika itu, Rasulullah S.A.W juga sedang duduk di sana. Baginda S.A.W tersenyum
dan keheranan melihatkan keadaan lelaki tersebut. ketika lelaki itu mula
bersikap kurang ajar terhadap dirinya, Abu Bakar r.a. pun membalas beberapa
kata lelaki tersebut. Dengan yang demikian, Rasulullah S.A.W menjadi marah lalu
bangun dan dibuntuti oleh Abu Bakar r.a.. Abu Bakar berkata kepada Rasulullah
S.A.W : "Lelaki itu bersikap kurang ajar terhadap diriku, oleh karena itu
aku membalasnya.
Ketika aku mulai
membalasnya, kamu meninggalkan kami di tempat itu".
Rasulullah S.A.W bersabda: "Apabila
kamu tidak membalas kata-katanya, terdapat malaikat yang membalasnya untuk
kamu. Walau bagaimanapun apabila kami mulai membalas kata-kata kasarnya itu
syetan mula mengambil tempat dan duduk di antara kamu. yang demikian itu aku
tidak mau duduk bersama-sama dengan syaitan".
Kemudian
Rasulullah S.A.W bersabda lagi: "Ya Abu Bakar ! Terdapat tiga perkara yang
benar yaitu:
1) Apabila seorang hamba itu dizalimi dengan satu
kezaliman, maka dia meninggalkan tempat itu semata-mata karena Allah, Allah
akan menguatkan dan membantunya.
2) Apabila seseorang itu membuka pintu
kedermawannannya dan memberi hadiah, maka Allah akan menambahkan kekayaannya.
3) Apabila seseorang itu mula meminta-minta untuk
menambahkan kekayaannya, maka Allah akan mengurangkan kekayaannya.
Post a Comment for "KISAH ABU BAKAR DICERCA"